Saturday, March 4, 2017

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Dah lama tak post...
Maaf maaf... Saya mengaku dah lama tak post disini (Kepada para pembaca setia itupun kalau ada) saya ada banyak sangat perkara berlaku pada akhir-akhir ni. Okay, for your information, mana yang masih tak tahu tu, saya belajar di UPM Kampus Bintulu Sarawak. In what course? (Soalan cliche) Saya ambil Agribusiness atau mana-mana pelajar yang nak isi borang UPU tu kan... Nama kursus saya dalam UPU tu adalah Diploma Perniagaantani. Basically, I'm a first year student. Junior la katakan.

Blog splash! Mana-mana yang berminat nak masuk UPM tapi tak tahu sama ada layak atau tidak? Ada soalan? Tak tahu caranya? Boleh kunjungi alamat tertera!:-

Okay, disini saya nak cerita tentang pengalaman saya di Bintulu secara kasar selama setahun (OMG, this gonna be a very long post!)
Mula-mula saya datang kesini adalah pada 6 Jun 2016. Itu pertama kali saya naik kapal terbang. Yup, seriously! Sebelum tu, pergi KLIA pun tak pernah ='( sebab family saya lebih suka pakai kereta walaupun jauh. Cemburu sangat dengar cerita kawan-kawan yang pernah naik kapal terbang.
But no worries guys. For those who never been in airplane before, no regrets for you guys. Sebab naik kapal terbang adalah satu perkara yang membosankan ='(
Saya datang sini seorang diri. Okay ramai yang tanya "Betul ke kau pertama kali naik kapal terbang sorang diri dan bawah umur?" jawapannya "Ya." Sepatutnya kena isi borang sebab bawah umur tapi tak tahulah kenapa saya tak kena isi. Hmm...
Soalan seterusnya "Tak takut ke?" Jawapannya "Tak takut tapi jakun." Haha... memang jakun. Pertama kali la katakan... Tapi kan, selepas 15 minit ada dalam kapal terbang, saya tidur. Haha. Maaf. Kan saya dah kata naik kapal terbang ni bosan.
Lepas sampai di Lapangan Terbang Bintulu, ada senior yang akan tunggu di sana untuk menyambut junior mereka. Naik bas UPM untuk terus ke UPM. Tapi yang datang dengan keluarga, cenderung untuk naik kereta sewa. Untunglah... Saya datang sorang diri je... Nak naik kereta sewa pun takut kena tipu. Dah lah sampai-sampai je pegawai kastam tu menyambut dengan bahasa Sarawak ='(
"Pasport baru gik tok? First time fly ka? Datang sitok mok sekolah ka?" (Pasport baru lagi ni. Pertama kali terbang? Datang sini nak belajar ke?) Saya angguk-angguk je sebab tak faham haha.
Sampai je UPM, saya memang terkejut dengan UPM sebab dia memang besar. Cantik... Wah! Memang semangat berkobar-kobar nak mendaftar.
Saya mendaftar di Dewan Seri Kenyalang:-

So, this is Dewan Seri Kenyalang. Pretty big, though.
Wah, bertambah keterujaan saya.

Okay, sebelum tu, bapa saudara saya, atau lebih mesra saya panggil pakngah, pernah belajar disini. Dia alumni tahun 1994. Selalu dia momokkan saya yang Bintulu ni kawasan pendalaman, banyak orang jual babi (For sure Malay people very sensitive with anything related with pork), susah nak jumpa kedai makan Halal, nak keluar susah, nak cari tempat beli-belah susah, pendek kata semua benda nak buat susah. Sampai saya pun susah hati dengar. Hahaha.
Tapi, tahun 1994 dengan tahun 2016 bezanya 22 tahun tau. Saya datang sini, saya dapat tahu ada 2 Mall.
WELL, HELLO. THERES MALLS!!!
Saya datang dari Jengka, Pahang. Sesiapa yang tahu atau pernah pergi Jengka, disana tiada Mall tau... Mall yang terdekat terletak di Mentakab yang memakan masa sejam setengah untuk pergi.
Park City Mall, Bintulu.
Times Square Megamall, Bintulu.
Kepada saudara dan saudari yang bercita-cita nak sambung belajar di UPM Kampus Bintulu, janganlah kalian risau. Andaikata disini tiada Mall pun, tak perlulah susah hati. Bukankah kalian datang nak menuntut ilmu?
Soal makanan halal? Hmm... nak kata susah nak cari tidak juga. Tapi kena pandai-pandailah. Nak hidup kan? Tapi, tentang ura-ura yang mengatakan Sarawak tiada kedai mamak tu saya rasa memang betul. Saya tanya seorang pelajar UPM yang juga berasal dari Bintulu, "Ada kedai mamak tak kat sini?"  "Mamak? Mamak tu apa?" Tanya dia balik. Okay, fine =') memang tiada kedai mamak disini. Kalau ada pun di Kuching. Itupun susah nak cari.
Okay, Apa ya yang saya nak kongsikan? Tentang pergi kuliah? Ya...
Kalau nak pergi kuliah dari kolej penginapan? Para pelajar akan menggunakan satu jalan berbukit:-
Ya, inilah jalan tersebut. Agak berpeluh juga kalau naik bukit ni. Bukan main tinggi. Kalau dah lambat ke kuliah, bukit ni akan terasa lebih tinggi lagi.
Gambar diatas menunjukkan suasana dalam bilik kuliah pusat ataupun lebih mesra dipanggil BKP. Ada berapa buah ya? Saya tak kira pula. Kalau tak salah ada 7 atau 8 bilik kuliah semuanya.
Gambar ini pula menunjukkan dewan kuliah pusat. Ada 2 dewan.
Bagaimana? Seronokkan? Tempat belajarnya sangat kondusif, tambahan lagi di Sarawak. Khas buat para pelajar yang berasal dari Semenanjung, berada di Sarawak adalah satu peluang buat anda untuk berada dalam satu budaya baru. Mengenali sesuatu perkara yang anda tidak tahu.
Ramai jak pelajar UPM diengkah disitok 3 tahun tapi sik pandei ngelaka Sarawak. Mek rasa sedih juaklah kitak orang sik guna peluang tok. Mun sik kinek bila gik? (Ramai je pelajar UPM diletakkan disini selama 3 tahun tapi tak pandai bercakap bahasa Sarawak. Saya rasa sedih jugalah sebab kalian tak guna peluang ini. Kalau tidak sekarang bila lagi?)
Sebenarnya saya tak nak pun belajar bahasa Sarawak sebab ayah saya dah kasi amaran awal-awal:-
"Don't you dare learn Sarawak language since for me, it doesn't seem to bring any benefit for you. Please improve your english instead!" He said. But, I do have my own reason though. Why? I'll tell you guys next time, okay? 
Saya rasa sampai sini sahaja. Ada soalan mengenai Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu? Jangan segan tanya di komen. Saya akan cuba balas mana-mana soalan yang saya tahu jawapannya (LOL, Obviously).

Salam sayang, アデリシア

31 comments:

  1. Salam . Anak saya akan masuk June ni pelajar baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... In syaa Allah dipermudahkan urusan anak Tuan di tempat kami kelak.

      Delete
  2. salam,adakah course ni susah? peluang pekerjaan x byk? dan selepas grad dip kita blh sambung degree dlm course apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Course ni tak susah bagi pelajar yang ada basic Akaun, perdagangan dan pertanian. Namun, saya tiada basic ketiga-tiganya memandangkan saya pelajar aliran sains tulen. Tetapi Alhamdulillah berjaya mengharungi course ni dengan usaha.

      Ketika membalas komen ini saya sudah memasuki semester 5.

      Tentang degree... Yes. Banyak cabang kita boleh masuk terutama Ekonomi, Aktuari, Pengurusan, Perniagaan, Pertanian dan macam2 lagi. Jangan risau.

      Yang penting jaga pointer.

      Delete
  3. Slm.adk sy msok jun nie.hrp baik2 je kt sana.adk sy dpt course DPH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pon msuk jun ni..akk dudk mana?

      Delete
    2. sy pun masuk jun ni.ambik course apa?

      Delete
    3. sama jun ni jugak.. korang stay mane?

      Delete
    4. Tahniah, kamu semua! Semoga berjaya di UPM Kampus Bintulu!

      Delete
  4. Saya dapat diploma pertanian HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah, dik! Semoga berjaya di UPM Kampus Bintulu.

      Delete
  5. Saya dapat diploma pertanian HAHAHA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang x course ni. Adik sy akn masuk pd jun 2019/ni

      Delete
    2. Hi. Senang bagi mereka yang mempunyai asas dalam sains pertanian, ekonomi, perdagangan dan akaun.

      Namun, saya tiada basic ketiga-tiganya. Dan saya baru sahaja menamatkan pengajian. Yang penting usaha dan ada semangat belajar.

      Semoga berjaya diucapkan buat adik saudara!

      Delete
  6. Susah ke diploma peeniagaan tani ye..?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak susah sekiranya kita berusaha, tawakal dan berdoa. Jangan main-main dan tekun belajar.

      In Shaa Allah berjaya.

      Delete
  7. Hai kak zayti... untuk terbang ke sarawak kena menggunakan duit sendiri ke?? dan subjek apa (dalam SPM) yang perlu untuk masuk ke upm kampus bintulu.. saya sendiri pelajar aliran sains tulen..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai Natrah Suraya. Yup. Nak terbang tu pakai duit sendiri huhuhu. Nasihat saya belajar rajin² masa SPM dan dapatkan biasiswa okay.
      Saya pun pelajar aliran sains tulen. Tapi kebanyakan yang masuk Perniagaantani ni dah ambil Akaun/Sains pertanian/Ekonomi semasa SPM dulu. Jadi mereka ni dah ada asas dan jangan malu minta tunjuk ajar mereka ni okie?

      Delete
  8. Kak kt sana belajar pkai bahasa inggeris ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly. Yes. Tapi examination depends dengan pensyarah anda.

      Delete
  9. mostly course pertanian nie Chemistry and bio ke? sebab sekolah menengah saye tak ambik sains pertanian and bukan budak pure sains

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak perlu dikk. ad je rakan-rakan saya dari art stream. tapi nanti memang struggle sikit ya sbb ada subjek biologi pertanian, akaun, ekonomi dan sewaktu dengannya. kalau ambil kos perhutanan perlu ambil kimia dan biologi juga.
      cuma, kalau ambil pure science, ada rakan saya hanya 2A (dan kredit semua subjek)dapat masuk. tetapi, kalau ambil art stream perlu score 4 atau 5A.
      In shaa Allah. Semoga berjaya dalam SPM!

      Delete
  10. Hai saya pun dapat tawaran dekat upm bintulu jugak.. saya dapat diploma kesihatan haiwan dan penternakan.. saya nak tanya nnti nak naik flight tu krna ada pasport ke? Ke kena ada pas dari jabatan imigresen je? And lagi satu agak² akak kos pergi dan balik naik fight dari klia ke bintulu airport berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pertama sekali, tahniah kerana diterima masuk ke UPM kampus Bintulu! Untuk passport Tak perlu dik. MELAINKAN ada cita-cita nak ke Brunei atau Indonesia atau Singapore masa cuti-cuti kerana sekali sekala akan ada laluan penerbangan dibuka dari airport bintulu. Tetapi adik memang perlu ke jabatan imigresen untuk membuat Dokumen perjalanan terhad (DPT). DPT ni kalau tak silap RM20 sahaja. berbanding passport RM200 memang berbaloi la (dah ada passport DPT tak perlu buat).
      NAMUN, nanti bila dah sampai, serahkan DPT atau passport anda di bahagian HEP di pentadbiran kerana mereka akan uruskan Pas Pelajar. (Taklimat berkenaan ini akan diadakan semasa orientasi. Jangan risau) Pas pelajar ini sangat-sangat-sangat penting kerana imigresen di Sabah dan Sarawak ni lain sikit. Mereka berkuasa penuh keatas imigresen masing2.
      Jadi, orang semenanjung hanya dibenarkan untuk menetap di Sabah Sarawak tidak melebihi 90 hari. Pas pelajar ni macam tiket la untuk pelajar untuk menetap di Sarawak melebihi 90 hari. Lepas 2 minggu hantar DPT pergi ambil balik ya di pentadbiran. Nanti awak menangis pulak di airport sbb tak lepas pulang kerana tertinggal DPT di pentadbiran UPM XD.
      TETAPI, KALAU IBU BAPA SAYA NAK HANTAR SAYA BAGAIMANA?
      Mereka TIDAK PERLUKAN DPT atau Passport. Namun, di lapangan terbang nanti mereka akan menerima satu kertas seperti tiket wayang. dia berperanan seperti pas masuk Sarawak dan ia valid 90 hari sekiranya saya tidak silap. Jangan hilangkan kertas itu ya. Perlu berikan kertas tu semasa penerbangan balik ke Semenanjung nanti.

      Delete
    2. Ok, mari kita bincangkan tentang kos *buat kopi*
      Susah juga ye saya nak jwb soalan awak ni dikk hahaha. Paling mahal saya pernah kena RM450 sehala. masa tu saya baru dapat tawaran ke UPM. lepas tengok harga tiket terus saya fikir "Macamana nak balik kalau mahal begini" sebab saya bukanlah berasal dari keluarga senang.
      well... jokes on me sebab, biasanya average harga tiket RM79-99 cuma perlu tengok 2 atau 3 bulan lebih awal sebelum beli huhu. Kalau bernasib baik ada sales, harga RM49 pun pernah dapat (Sekali selama 3 tahun saya pernah dapat). Tapi dah sampai perlu bayar Grab atau Maxim untuk sampai ke UPM anggaran harga dalam RM20-30.

      Delete
    3. thank you for the details info akakk. Saya dah masuk 1 year belajar sini alhamdullillah okay jee best sgt, apa yg saya komen kt sini pun smpai tak ingat dah hehehe. papepun thank youuu harap saya dapat graduate smpai habis kt sini macam akak

      Delete
    4. Hai Nadiah. congratulation! Alhamdulillah, saya sambung lagi di UPMKB. Saya ambil Bacelor kat sini. Alhamdulillah sekarang dah tahun akhir.

      Delete
  11. Boleh saya bertanya?saya ingin tahu tentang bulan berapa biasanya pendaftaran diploma bagi pelajar baharu terutamanya pada tahin ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi... Maaf lewat saya balas pertanyaan awak. Dah lama tak buka blog ni. Pendaftaran Diploma biasanya pada bulan Jun. Tapi semasa PKP tempoh hari, kemasukannya pada akhir Julai.

      Delete
  12. Toto's Toto - titanium tent stakes - TOTO
    Toto's Toto is black titanium wedding bands a TOTO TOTO trekz titanium pairing Toto design and is one of the garmin fenix 6x pro solar titanium leading design and production companies based titanium fitness out of Costa titanium 6al4v Rica. Toto offers the TOTO

    ReplyDelete
  13. anak saya dpt di UPM Bintulu.. saya nak tanya berkenaan dengan kolej kediaman. adakah sepanjang semester boleh duduk di hostel? memandangkan kami dari semenanjung

    ReplyDelete