Tuesday, February 7, 2017

Salam Perkenalan!


Hai. sebenarnya cita-cita nak ada blog ni dah lama pun. kawan-kawan pun ramai yang minta untuk saya adakan blog ni. Dah suka sangat nak baca cerita-cerita yang saya tulis. Rasanya, Blog ni satu medium yang sesuai untuk menulis inspirasi yang kadang-kadang melimpah-ruah dan kadang-kadang kosong tak berisi.

Ok, Biar saya bagi tahu serba sikit fasal diri saya yang tak seberapa ni. Well, nama pena, Adelicia. kawan-kawan sekolah mungkin tahu siapa Adelicia ni. Tapi, kawan-kawan universiti... tak ramai yang tahu. Basically, I love to be in a very small circle of friends. Tahun ni (2017) umur baru masuk 19. Saya belajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Perniagaantani. Sebab apa perniagaantani? Well, if I do have leisure time instead of keep writing stories, I'll tell you guys. Lagipun asyik baca cerita je nanti bosan.
Then, saya nak minta maaf sebab lambat mulakan blog. orang lain masih pakai blog ke? Entahlah. tapi saya baru nak mula. If possible, saya akan update blog saya ni 3-5 hari sekali. Tapi, kalau tak update tu mungkin sebab saya ada exam ataupun sibuk dengan urusan harian. Jangan risau! Saya suka menulis so, saya akan pastikan saya akan update juga blog saya.

Akhir kata, saya baru je mula menulis blog. Jadi, kalau ada masalah dalam apa-apa sahaja, saya nak minta maaf sangat-sangat. Selain tu, saya akan menggunakan bahasa yang tidak boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu atau erti kata lain Bahasa Melayu pasar dan akan dicampurkan dengan english dan manglish. Saya harap, tiada orang yang akan membuat cara penulisan saya sebagai rujukan!

salam sayang, アデリシア