Saturday, March 4, 2017

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu

Dah lama tak post...
Maaf maaf... Saya mengaku dah lama tak post disini (Kepada para pembaca setia itupun kalau ada) saya ada banyak sangat perkara berlaku pada akhir-akhir ni. Okay, for your information, mana yang masih tak tahu tu, saya belajar di UPM Kampus Bintulu Sarawak. In what course? (Soalan cliche) Saya ambil Agribusiness atau mana-mana pelajar yang nak isi borang UPU tu kan... Nama kursus saya dalam UPU tu adalah Diploma Perniagaantani. Basically, I'm a first year student. Junior la katakan.

Blog splash! Mana-mana yang berminat nak masuk UPM tapi tak tahu sama ada layak atau tidak? Ada soalan? Tak tahu caranya? Boleh kunjungi alamat tertera!:-

Okay, disini saya nak cerita tentang pengalaman saya di Bintulu secara kasar selama setahun (OMG, this gonna be a very long post!)
Mula-mula saya datang kesini adalah pada 6 Jun 2016. Itu pertama kali saya naik kapal terbang. Yup, seriously! Sebelum tu, pergi KLIA pun tak pernah ='( sebab family saya lebih suka pakai kereta walaupun jauh. Cemburu sangat dengar cerita kawan-kawan yang pernah naik kapal terbang.
But no worries guys. For those who never been in airplane before, no regrets for you guys. Sebab naik kapal terbang adalah satu perkara yang membosankan ='(
Saya datang sini seorang diri. Okay ramai yang tanya "Betul ke kau pertama kali naik kapal terbang sorang diri dan bawah umur?" jawapannya "Ya." Sepatutnya kena isi borang sebab bawah umur tapi tak tahulah kenapa saya tak kena isi. Hmm...
Soalan seterusnya "Tak takut ke?" Jawapannya "Tak takut tapi jakun." Haha... memang jakun. Pertama kali la katakan... Tapi kan, selepas 15 minit ada dalam kapal terbang, saya tidur. Haha. Maaf. Kan saya dah kata naik kapal terbang ni bosan.
Lepas sampai di Lapangan Terbang Bintulu, ada senior yang akan tunggu di sana untuk menyambut junior mereka. Naik bas UPM untuk terus ke UPM. Tapi yang datang dengan keluarga, cenderung untuk naik kereta sewa. Untunglah... Saya datang sorang diri je... Nak naik kereta sewa pun takut kena tipu. Dah lah sampai-sampai je pegawai kastam tu menyambut dengan bahasa Sarawak ='(
"Pasport baru gik tok? First time fly ka? Datang sitok mok sekolah ka?" (Pasport baru lagi ni. Pertama kali terbang? Datang sini nak belajar ke?) Saya angguk-angguk je sebab tak faham haha.
Sampai je UPM, saya memang terkejut dengan UPM sebab dia memang besar. Cantik... Wah! Memang semangat berkobar-kobar nak mendaftar.
Saya mendaftar di Dewan Seri Kenyalang:-

So, this is Dewan Seri Kenyalang. Pretty big, though.
Wah, bertambah keterujaan saya.

Okay, sebelum tu, bapa saudara saya, atau lebih mesra saya panggil pakngah, pernah belajar disini. Dia alumni tahun 1994. Selalu dia momokkan saya yang Bintulu ni kawasan pendalaman, banyak orang jual babi (For sure Malay people very sensitive with anything related with pork), susah nak jumpa kedai makan Halal, nak keluar susah, nak cari tempat beli-belah susah, pendek kata semua benda nak buat susah. Sampai saya pun susah hati dengar. Hahaha.
Tapi, tahun 1994 dengan tahun 2016 bezanya 22 tahun tau. Saya datang sini, saya dapat tahu ada 2 Mall.
WELL, HELLO. THERES MALLS!!!
Saya datang dari Jengka, Pahang. Sesiapa yang tahu atau pernah pergi Jengka, disana tiada Mall tau... Mall yang terdekat terletak di Mentakab yang memakan masa sejam setengah untuk pergi.
Park City Mall, Bintulu.
Times Square Megamall, Bintulu.
Kepada saudara dan saudari yang bercita-cita nak sambung belajar di UPM Kampus Bintulu, janganlah kalian risau. Andaikata disini tiada Mall pun, tak perlulah susah hati. Bukankah kalian datang nak menuntut ilmu?
Soal makanan halal? Hmm... nak kata susah nak cari tidak juga. Tapi kena pandai-pandailah. Nak hidup kan? Tapi, tentang ura-ura yang mengatakan Sarawak tiada kedai mamak tu saya rasa memang betul. Saya tanya seorang pelajar UPM yang juga berasal dari Bintulu, "Ada kedai mamak tak kat sini?"  "Mamak? Mamak tu apa?" Tanya dia balik. Okay, fine =') memang tiada kedai mamak disini. Kalau ada pun di Kuching. Itupun susah nak cari.
Okay, Apa ya yang saya nak kongsikan? Tentang pergi kuliah? Ya...
Kalau nak pergi kuliah dari kolej penginapan? Para pelajar akan menggunakan satu jalan berbukit:-
Ya, inilah jalan tersebut. Agak berpeluh juga kalau naik bukit ni. Bukan main tinggi. Kalau dah lambat ke kuliah, bukit ni akan terasa lebih tinggi lagi.
Gambar diatas menunjukkan suasana dalam bilik kuliah pusat ataupun lebih mesra dipanggil BKP. Ada berapa buah ya? Saya tak kira pula. Kalau tak salah ada 7 atau 8 bilik kuliah semuanya.
Gambar ini pula menunjukkan dewan kuliah pusat. Ada 2 dewan.
Bagaimana? Seronokkan? Tempat belajarnya sangat kondusif, tambahan lagi di Sarawak. Khas buat para pelajar yang berasal dari Semenanjung, berada di Sarawak adalah satu peluang buat anda untuk berada dalam satu budaya baru. Mengenali sesuatu perkara yang anda tidak tahu.
Ramai jak pelajar UPM diengkah disitok 3 tahun tapi sik pandei ngelaka Sarawak. Mek rasa sedih juaklah kitak orang sik guna peluang tok. Mun sik kinek bila gik? (Ramai je pelajar UPM diletakkan disini selama 3 tahun tapi tak pandai bercakap bahasa Sarawak. Saya rasa sedih jugalah sebab kalian tak guna peluang ini. Kalau tidak sekarang bila lagi?)
Sebenarnya saya tak nak pun belajar bahasa Sarawak sebab ayah saya dah kasi amaran awal-awal:-
"Don't you dare learn Sarawak language since for me, it doesn't seem to bring any benefit for you. Please improve your english instead!" He said. But, I do have my own reason though. Why? I'll tell you guys next time, okay? 
Saya rasa sampai sini sahaja. Ada soalan mengenai Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu? Jangan segan tanya di komen. Saya akan cuba balas mana-mana soalan yang saya tahu jawapannya (LOL, Obviously).

Salam sayang, アデリシア

Tuesday, February 7, 2017

Salam Perkenalan!


Hai. sebenarnya cita-cita nak ada blog ni dah lama pun. kawan-kawan pun ramai yang minta untuk saya adakan blog ni. Dah suka sangat nak baca cerita-cerita yang saya tulis. Rasanya, Blog ni satu medium yang sesuai untuk menulis inspirasi yang kadang-kadang melimpah-ruah dan kadang-kadang kosong tak berisi.

Ok, Biar saya bagi tahu serba sikit fasal diri saya yang tak seberapa ni. Well, nama pena, Adelicia. kawan-kawan sekolah mungkin tahu siapa Adelicia ni. Tapi, kawan-kawan universiti... tak ramai yang tahu. Basically, I love to be in a very small circle of friends. Tahun ni (2017) umur baru masuk 19. Saya belajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Perniagaantani. Sebab apa perniagaantani? Well, if I do have leisure time instead of keep writing stories, I'll tell you guys. Lagipun asyik baca cerita je nanti bosan.
Then, saya nak minta maaf sebab lambat mulakan blog. orang lain masih pakai blog ke? Entahlah. tapi saya baru nak mula. If possible, saya akan update blog saya ni 3-5 hari sekali. Tapi, kalau tak update tu mungkin sebab saya ada exam ataupun sibuk dengan urusan harian. Jangan risau! Saya suka menulis so, saya akan pastikan saya akan update juga blog saya.

Akhir kata, saya baru je mula menulis blog. Jadi, kalau ada masalah dalam apa-apa sahaja, saya nak minta maaf sangat-sangat. Selain tu, saya akan menggunakan bahasa yang tidak boleh digunakan dalam penulisan Bahasa Melayu atau erti kata lain Bahasa Melayu pasar dan akan dicampurkan dengan english dan manglish. Saya harap, tiada orang yang akan membuat cara penulisan saya sebagai rujukan!

salam sayang, アデリシア